Bagi yang berminat untuk menjadi ahli/pengedar sila la ke halaman pendaftaran untuk maklumat lanjut.


Untuk pertanyaan sila email saya atau hubungi saya.

Wednesday, March 3, 2010

Mengapa Stormreaders

Dalam menghadapi era globalisasi yang serba mencabar ini, pelbagai cabaran baru yang timbul dan perlu kita hadapi. Keadaan sebegini telah mendedahkan kita kepada kenaikan keperluan asas dan juga taraf hidup yang tidak stabil.

Untuk menghadapi situasi sebegini, ramai antara kita yang membuat keputusan untuk mencari pendapatan sampingan. Atas dasar tersebut, muncul pelbagai skim perniagaan seperti skim cepat kaya, skim perniagaan berangkai, skim amanah saham dan pelbagai lagi skim yang mungkin kita tidak ketahui akan kesahi

Wakil pengedar akan menolong ahli untuk memberi penerangan
hannya dari segi undang-undang dan yang lebih utama lagi halal dari segi perspektif Islam.

Stormreaders Network adalah merupakan sebuah anak syarikat kepada Telaga Biru Sdn Bhd, sebuah syarikat bumiputera Islam yang telah beroperasi sejak 1997 yang berpengalaman menerbitkan produk-produk Islam.

Sebelum meneroka perniagaan ini, Stormreaders Network Sdn Bhd telah mengadakan kajian yang mendalam selama lebih satu tahun. Antaranya seperti mendapatkan khidmat nasihat, pandangan dan mengadakan muzakarah dengan alim ulama di kalangan ahli muamalat, syariah semasa, undang-undang, ekonomi serta mereka yang berpengalaman luas dalam mengendalikan perniagaan rangkaian. Ini bertujuan bagi mengelakkan berlakunya kekaburan dalam urusniaga selain daripada memastikan ia bertetapan dengan prinsip muamalat Islam.



“Bertolong-tolonglah kamu dalam kebaikan…”

Bagi memastikan aktiviti perniagaan rangkaian ini berdiri teguh dalam prinsip perniagaan Islam, Stomreaders Network Sdn Bhd turut menyediakan skim latihan susulan dalam bidang keusahawanan dan keagamaan untuk setiap ahli agar sentiasa istiqamah dengan niat yang dipasang bemula dari peringkat awal. Ia juga dapat memastikan perniagaan rangkaian ini dinilai sebagai ibadah yang bermula dengan niat diikuti dengan jenis produk yang diniagakan, pelaksanaan yang bertetapan dengan akad jual beli yang diakui syarak dan jauh daripada manipulasi serta gharar.


ICT menjadi wadah komunikasi dan memudahkan urusan seharian.
Stormreaders Network Sdn Bhd telah menjadikan ilmu sebagai produk yang akan difokuskan di dalam perniagaan ini kerana kebanyakan masalah yang menyerang umat Islam sekarang adalah berpunca daripada kekurangan ilmu pengetahuan dan kekangan ekonomi. Ia dipersembahkan dalam pelbagai format melibatkan buku, cenderahati, CD, VCD serta kaset yang disampaikan oleh ikon-ikon terkenal negara sepeti Dato’ Fadilah Kamsah, Ustazah Dato’ Siti Nor Bahyah, Ustaz Haji Zahazan Mohamed, Dr. Irfan Khairi dan lain-lain.

Malah lebih dari itu, pelan perniagaan ini bukan sahaja bermatlamat melahirkan usahawan yang berdikari, ia juga bertujuan melahirkan golongan elit Muslim yang mempunyai taraf ekonomi yang lebih baik yang dengannya kebahagiaan dan keharmonian rumah tangga akan lebih dirasai.



Diharapkan pelan perniagaan ini bukan sahaja dapat melahirkan usahawan yang berdikari, malahan ia juga dapat melahirkan golongan elit Muslim yang tinggi taraf ekonominya serta dapat merasai nikmat kebahagiaan dan keharmoniaan keluarga, masyarakat dan negara. Insya-Allah…

Monday, February 8, 2010

INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT


Penulis : Dato’ Ismail Kamus & Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid

Kod Katalog : TBBK 1097
Kos ISBN : 978-967-5102-30-1

HARGA: RM55.00(Semenanjug Malaysia)
RM57.00 (Sabah/S'wak)


Isi buku INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT ini merupakan panduan untuk diri sendiri (fardu ain), seisi keluarga, masyarakat dan umat sejagat (fardu kifayah
). Ia merangkumi syariat ketika kelahiran, fardu ain kanak-kanak, penekanan pendidikan remaja, hukum-hakam muamalat (jual beli), munakahat (nikah kahwin dan rumah tangga) serta amalan zikir, doa dan adab. Semua ilmu bersumberkan al-Quran dan hadis sahih. Teknik penyampaian buku ini ringkas dan tepat dalam bentuk carta, jadual dan rajah. Semua doa, bacaan dan zikir boleh dibaca dan dihafal dengan mudah. Langkah amalan disampaikan mengikut turutan step by step. Media fotografi warna penuh digunakan untuk menunjukkan perkara yang realistik. Buku ini seharusnya menjadi kewajipan untuk dimiliki oleh setiap rumah, pusat sumber, sekolah dan individu. Beli

Sunday, February 7, 2010

Cinta Ain Naqila

Penulis : Athirah Taha
Kod Katalog : TBBK 1115
ISBN : 978-967-5102-41-7


Kesetiaannya selama ini tidak pernah dihargai seorang lelaki yang bergelar tunangan. Fariz curang padanya. Sudahlah perasaan Ain Naqilah tidak dipedulikan malah Fariz sama sekali tidak pernah mahu berterus–terang dengannya. Julia Anis meleraikan segalanya. Dia datang bagai menyerah diri kepada Ain Naqilah. Kecewanya Ain Naqilah hanya Tuhan yang tahu. Baru dia sedar yang cinta Fariz bukan lagi untuk dirinya. Perasaan Ain Naqilah terguris. Ain Naqilah tidak mahu silap membuat perhitungan lagi. Biarlah Fariz dengan hidupnya sendiri. Setelah persetujuan dicapai, hati Fariz mula bergolak. Seakan menyesal mengecewakan Ain Naqilah. Fariz mahu mengutip kembali sisa kenangan ketika mereka bersama. Namun Fariz terpaksa akur. Ain Naqilah tidak mungkin lagi menjadi miliknya. Fariz belajar menerima takdir itu. Fokusnya beralih pada Julia Anis. Namun Julia Anis pula yang seperti tidak tegar bersamanya kerana merasa bersalah pada Ain Naqilah. Apabila kesetiaannya tidak dihargai, ke manakah Ain Naqilah mahu membawa cintanya? Adakah menutup ruang hatinya buat seketika atau pun kehadiran Azri berjaya meyakinkan Ain Naqilah bahawa cinta akan enemaninya ke suatu destinasi yang indah? Apakah kesudahannya? Cinta Ain Naqilah merungkai segalanya. Beli